Monday 8 June 2015

Ziela Jalil Jawab Kritikan Drama Dia Isteri Luar Biasa??!!

No comments :



Dia Isteri Luar Biasa merupakan drama terkini yang sedang menambat hati peminat di slot akasia TV3. Walaupun menjadi bualan hangat di kalangan peminat namun DILB mendapat kritikan yang dianggap drama tidak bermoral.




Fuh pedas tu kritikan yang dilemparkan. Antaranya Dewi Yusra menyimpan niat untuk melahirkan bayi tanpa nikah melalui kaedah tabung uji yang pastinya dilihat bercanggah dengan ajaran agama kita.

Menurut Ziela Jalil, apa yang digambarkan oleh Dewi yusra iaitu adalah niat hati tetapi akhirnya berkahwin dengan Dr Raden Amzar.


Malah pihak Tv3 juga peka terhadap isu sentuhan yang berlebihan malah suntingan juga dibuat sebelum disiarkan. Babak babak yang dilihat sebagai keterlaluan ini diadakan bagi mewujudkan kehidupan Dr Raden dan Dewi supaya lebih realistik.


Tengoklah sampai habis dulu dan baru komen untuk maklumbalas. Apapun, seeloknya babak sebegini dikurangkan kerana golongan yang menonton bukan hanya dewasa tetapi kanak kanak dan remaja. Apapun, semoga selepas ini kritikan yang diterima akan berkurangan dan pihak produksi sama sama memperbaiki kepada lebih baik. Sama sama kita nantikan episod akhir Dia Isteri Luar Biasa.

No comments :

Post a Comment