Tuesday 9 June 2015

Mengejutkan! Belut Penghisap Darah Jatuh Dari Langit??

No comments :



Fairbank : Semalam beberapa penduduk di sekitar kawasan di negara Amerika Syarikat dikejutkan dengan penemuan beberapa ekor belut yang dikhabarkan jatuh dari langit.



Malah belut tersebut ditemui masih hidup di kawasan parking kereta dan juga laman rumah. Belut itu dipercayai jatuh dari langit memandangkan ketika dijumpai belut tersebut masih lagi hidup malah kawasan sungai atau tasik terletak jauh dari kawasan belut tersebut jatuh.


Menurut Jabatan Perikanan Alaska, belut tersebut adalah tidak berbahaya dan percaya belut itu jatuh daripada mulut burung selepas menangkap belut tersebut di sekitar kawasan terbabit.


Belut tersebut menjadikan darah ikan sebagai sumber utama untuk makan dan menjadi kegemaran utama buat penduduk alaska kerana rasanya yang sedap dan tidak bertulang.

No comments :

Post a Comment