Monday 8 June 2015

420 Batu Karang dikeluarkan dari Buah Pinggang Lelaki ini??!!

No comments :



Sebanyak 420 batu karang dikeluarkan daripada buah pinggang seorang lelaki di Wilayah Zhejiang.




He, seorang pesakit yang berjumpa dengan doktor selepas menderita sakit perut. Selepas melakukan imbasan Ct, keputusan cukup mengejutkan apabila perut He mempunyai sejumlah batu karang. Menurut doktor yang merawat He, beliau tidak pernah merawat pesakit yang mempunyai batu karang sebanyak ini.


Sekiranya ditangguhkan lagi, kemungkinan buah pinggang He tidak dapat digunakan dan perlu dikeluarkan. Proses pembuangan batu karang sebanyak 420 itu memakan masa selama 2 jam dengan menggunakan forsep.


45 minit hanya dihabiskan untuk membuang batu karang kecil. Punca utama beliau mempunyai batu karang adalah kerana suka memakan tauhu gipsum yang mengandungi kalsium sulfat yang tinggi. Malah He juga tidak suka minum air.



No comments :

Post a Comment