Tuesday 9 June 2015

Sejak Dahulu Dia Memang Wanita Idaman Saya - Hairul Azreen

No comments :



5 Jun baru baru ini merupakan tarikh keramat buat Hairul Azreen yang kini sah bergelar sebagai suami kepada Hanis Zalikha. Menurut Hairul, dia menyimpan hasrat untuk memiliki Hanis sejak di sekolah lagi. Wahh lama tu.




Namun faktor jarak menjauhkan mereka kerana Hairul di Serdang manakala Hanis di Bukit Jelutong. Selepas menjadi juara Fear Faktor, hubungan mereka menjadi mekar apabila ditemukan oleh Dazrin. Menerusi Dazrin, dia mula menghubungi Hanis melalui telefon bimbit.

Dari situ bermula semula hubungan mereka dan dalam tempoh terpisah, Hairul mengakui beliau ada menjejaki Hanis dan selepas kemenangan Fear Faktor, Hairul mula berani untuk melamar beliau kerana yakin Hanis merupakan pilihan tepat untuk hidup bersama.


Malah ketika gimik melamar Hanis, ramai yang menganggap beliau main main namun kini membuktikan kini beliau ikhlas menyintai Hanis.

Kalau dah jodoh, berpisah beribu batu pun tetap akan bersama. Kami doakan semoga Hairul dan Hanis berbahagia sehingga Jannah..

No comments :

Post a Comment