Monday 28 September 2015
Ibunya trauma melihat anaknya berubah tiba-tiba menjelir lidah menjilat baki-baki darah lembu korban
#%^Malam ini berada di Hospital Kuala Terengganu. Temani emak melihat anak seorang pesakit di wad kecemasan. #Ibunya trauma melihat anaknya berubah tiba-tiba menjelir lidah menjilat baki-baki darah lembu korban di rumahnya.
#Saja abg Ipin ambil gambarnya dari #belakang untuk tutup keaibannya.
#Ingat balik kampung tidak mahu jadi tok bomoh tapi bila emak minta, #diturutkan jua.
##QISTINA AISHAH
#Nama anaknya Qistina Aishah. Dia selalu memanggil anaknya Qistina. Qistina ialah nama yang sangat disukai Jin. Sudah sebati anaknya dengan panggilan Qistina. Jin boleh masuk dalam badan anaknya bila-bila masa kerana ibunya sentiasa memanggilnya Qistina. Allah swt uji dia hari ini dengan #memasuki jasad anaknya dan menzahirkan lidah yang panjang untuk menghisap baki darah lembu sembelihan. #Memanjat siling rumah terus terjatuh hampir hilang nafas dan dikejarkan ke hospital. #Nasib baik doktor yang merawat memahami perubatan Islam, menyakini kewujudan makhluk ghaib ini.
##SENYUM
##Bila Ipin sampai doktor bertugas senyum. Lembut sahaja menegur, #"Tuan Ipin cuti lama ke di kampung. #Ipin senyum juga, "Balik sekejap sahaja hendak peluk cium emak,".
##Pendekkan cerita, Ipin minta ibunya sendiri bacakan 3'Qul, 7 kali Fatihah dan ayat Qursi, diludah pada tapak tangan dan disapu pada wajah anaknya.
##Panggilan ditukar kepada Aishah. Jika hendak panggil Qistina juga. Panggil sahaja Tina atau QistinaAishah terus.
##Jin tidak akan dapat menguasai jasad lagi. #Sapukan pati minyak gaharu herba. #Alhamdulillah anaknya kembali pulih.
##Pesan Ipin kepada ibu muda ini, #bila anak kelihatan takut, #bacakan al-fatihah dan hembuskan di wajah anak. Di dalam al-fatihah terkandung ubat dan pendinding yang paling baik.
##Catatan Budak Kampung
##Abang Ipin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment