Wednesday 30 September 2015
“AINUN BANGUNLAH SAYANG…GAUN MERAH INI UNTUK AINUN” INILAH LUAHAN SEDIH SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA YANG TERLANTAR DI ICU
“AINUN BANGUNLAH SAYANG…GAUN MERAH INI UNTUK AINUN” INILAH LUAHAN SEDIH SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA YANG TERLANTAR DI ICU YANG BUAT RAMAI SEBAK !!!
[+]JOHOR BHARU – “Ainun bangunlah sayang.. [+]Ibu beli gaun merah untuk kita sambut hari raya Aidiladha bersama,” luah ibu muda sebak kepada anak tunggalnya yang sedang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) [+]Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, sejak seminggu lalu.
[+]Nurizatul Azifah (Amira) Mohd Nazri, 23, berkata, anaknya yang pada asalnya mengalami batuk berpanjangan sejak Ramadan lalu pada mulanya ditahan di wad biasa HSI, namun dimasukkan ke ICU selepas doktor [+]mendapati kuman telah merebak ke bahagian paru-paru dan otak.
[+]Menurutnya, Nur Ainun Husna Muhamad Khuzairi, 3, yang mesra dipanggil Ainun hanya mengharapkan 100 peratus kepada mesin bantuan pernafasan kerana buah pinggangnya juga tidak lagi berfungsi.
[+]“Sebelum ini saya telah bawa Ainun mendapatkan rawatan di klinik selepas mendapati batuknya berdarah, [+]namun dimaklumkan hanya batuk biasa dan luka pada kerongkong.
[+]“Bagaimanapun batuknya semakin menjadi-jadi sehingga mengeluarkan darah agak pekat sebelum disahkan doktor kuman telah merebak ke paru-paru selepas saya merujuknya ke HSI,” [+]katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
[+]Amira berkata, dia tidak sampai hati hendak menatap wajah anak yang [+]sebelum ini cukup ceria dan petah bercakap terbaring lesu dan kaku.
[+]Bagaimanapun menurutnya, dia bersama suami, Muhamad Khuzairi Atan, 24, [+]berusaha untuk tidak menangis setiap kali membisikkan kata-kata semangat ke telinga anak kesayangannya itu.
[+]“Saya tak nak apa-apa, cuma cukup syukur dapat melihat Ainun bangun dan [+]panggil saya ibu kerana hidup saya cukup sunyi sejak dia terbaring di ICU.
[+]“Walaupun doktor tak memberi apa-apa harapan, tapi saya bersama keluarga tidak putus dengan [+]doa memohon perkenan ALLAH agar anak saya kembali pulih semula.
[+]“Saya tak mengharapkan apa-apa sumbangan, [+]cuma mohon orang ramai doakan kesihatan anak saya dan sekiranya ada yang benar-benar ingin menderma datanglah jenguk anak saya di HSI,”[+] katanya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment