Friday, 2 October 2015

BILA DISERANG BERTUBI-TUBI DENGAN PELBAGAI KONTROVERSI, IBU ADALAH PENEMAN SETIA - TASHA SHILA

No comments :


##Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan isu panas sejak kebelakangan ini membuatkan pelakon #Tasha Shila kini lebih berhati-hati dan mendalami apa yang berlaku dalam perjalanan karier seninya.

#Meskipun menerima pelbagai tomahan dan kritikan pedas #sesetangah pihak, dia tetap tabah menghadapi perkara tersebut yang disifatkan sebagai ujian dalam hidupnya.

#"Setiap hari saya belajar, menjadi yang lebih baik. Saya tidak ambil pusing dengan #tomahan orang terhadap diri saya.

#"Saya anggap ujian dalam hidup saya. Ibu saya adalah kekuatan saya untuk saya hadapi semua ini. #Sekarang ni pun dia kembali ikut dan jaga jadual kerja saya sebab saya sekarang dah susah nak percaya orang luar.

#"Senang berkerja dengan ahli keluarga sendiri. Lagipun ibu saya kenal dan tahu luar dalam anak dia macam mana," katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2015 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


No comments :

Post a Comment