Sunday, 6 September 2015
SELAMATKAH ROKOK ELEKTRONIK/VAPE?
Mereka bertanya adakah ia selamat dan adakah ia mempunyai ancaman kesihatan seperti rokok.
Saya akan cuba menerangkan kepada tuan2 dan puan2 tentang Vape ini dengan cara mudah agar mudah difahami semua.
Soalan paling banyak adalah sama ada Vape ini lebih selamat berbanding dengan rokok tembakau. Sebenarnya, tidak ada sesiapa yang tahu jawapan utk perkara ini. Ini adalah kerana produk ini masih agak baru di pasaran dan kajian tentang kesan jangka masa panjang penggunaan Vape ini masih belum dikaji secara menyeluruh. Fenomena ini adalah sama seperti rokok biasa. Apabila ia mula diperkenalkan, ia kelihatan cool dan bergaya dan tiada kesan jelas pada kesihatan yg diketahui. Hanya setelah beberapa dekad dengan bukti saintifik dan klinikal yg jelas baru kita ketahui rokok mempunyai mudharat kesihatan yang amat jelas pada umat manusia.
Untuk Vape, ia masih amat baru dan sungguhpun syarikat rokok mempromosikannya sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding rokok, tidak ada jaminan yg boleh diberikan. Kandungan Vape juga adalah pelbagai dari satu brand ke satu brand yg lain.
Disebabkan promosi hebat syarikat2 yang menonjolkan seolah2 Vape adalah alternatif terbaik buat perokok, ramai yang mula beralih arah menggunakan Vape. Apa yang berlaku sekarang adalah, disebab tanggapan Vape selamat, lebih ramai orang menggunakan vape, malah remaja dan kanak2 juga tertarik menggunakannya kerana ia 'bukan rokok'. Perisa2 yg pelbagai juga menggalakkan kanak2 dan golongan remaja menggunakannya dan secara tidak langsung mendedahkan lebih ramai orang kepada penagihan nicotine!
Usaha berhenti merokok yang digerakkan oleh kerajaan dan badan2 kesihatan yg semakin berjaya semenjak beberapa dekad ini kini seolah2 sedang tewas dengan iklan skala gergasi syarikat2 rokok yang mempromosikan Vape sedangkan ancaman kesihatan jangka masa panjangnya masih belum diketahui sepenuhnya! Ramai yang tidak pernah merokok selama ini mula mencuba Vape kerana beranggapan ia bukan rokok dan tiada kesan kepada kesihatan!
Ibubapa perlu tahu bahawa vape ini sebenarnya mengandungi nicotine yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak2 dan remaja. Malah Vape tidak meninggalkan kesan bau seperti tembakau yang boleh menyebabkan ibubapa sukar mengesan anak2 mereka yg terjebak dgn penggunaan Vape.
Kesimpulan:
1. Vape mengandungi nicotine yang menyebabkan ketagihan.
2. Berhenti merokok dan juga Vape kerana kedua2 amalan ini tidak ada manfaat pada kesihatan dan mempunyai risiko ancaman kesihatan pada umat manusia.
3. Jika anda perokok dan ingi berhenti merokok, gunakan kaedah yg terbukti selamat seperti nicotine patch atau nicotine gum. Sila berjumpa dgn doktor di klinik berhenti merokok utk mendapatkan kaedah terbaik berhenti.
4. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok atas sebab antaranya ia menyebabkan kemabukan/penagihan. Ia juga merupakan sesuatu perbuatan yg membazir dan sia2. Vape juga mempunyai kesan yang sama (penagihan nicotine, pembaziran dan sia2).
Oleh itu fatwa pengharaman rokok saya kira perlu dipanjangkan oleh pihak Jakim agar meliputi Vape.
Semoga mendapat manfaat.
Note: Setakat nota ini disalin semula, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah menyatakan pandangan bahwa vape adalah haram. Namun MFK akan keluar dengan fatwa rasmi sedikit masa lagi.
Mufti Wilayah Persekutuan telahpun menfatwakan bahawa vape adalah haram.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment