Thursday, 24 September 2015

[Rempuhan Di Mina, Pergi Mereka Dalam Ihram] Terkini : Angka Mangsa Terkorban Meningkat ~ AL-FATIHAH

No comments :


#MINA : Sekurang-kurangnya 220 orang maut dalam insiden rempuhan manusia yang berlaku tadi di Mina, lapor Kementerian Pertahanan Awam Arab Saudi memetik laporan dari AP.

#Dilaporkan sekurang-kurangnya 400 jemaah yang lain cedera di dalam kejadian terbabit.

Setakat ini, #masih belum dapat memastikan sekiranya ada jemaah Malaysia yang terlibat.

[DIKEMASKINI]

#Rempuhan itu berlaku ketika jemaah haji sedang melontar jamrah di Mina.

"Kita ada insiden rempuhan di Mina dan kini kementerian pertahanan sedang menguruskannya ", kata jurucakap #Brig. Gen. Mansour Al-Turki.

Kerajaan #Arab Saudi telah mengerahkan 4,000 pekerja dan 220 ambulan ke Mina untuk menguruskan insiden.

Kerajaan Arab Saudi mengesahkan angka kematian telah meningkat kepada 310 orang dan angka kecederaan meningkat kepada 450 orang. Marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah bagi yang mangsa yang terkorban..

No comments :

Post a Comment