Wednesday, 2 September 2015
Pendebat Terbaik Asia ‘Ajar’ Anak Timbalan Perdana Menteri Tentang Hak Bersuara Yang Sebenar-benarnya
Beberapa hari yang lalu, wanita bernama #Nurulhidayah iaitu anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi perhatian netizen dilaman sosial. Ini semua gara-gara kritikannya terhadap peserta Bersih4 yang disifatkan sebagai kerja bodoh belaka.
Bukan itu sahaja katanya, gelaran Dato’ yang diperoleh juga dipertikai netizen di media sosial. Terbaru, beliau mengatakan sebagai seorang rakyat Malaysia, dirinya mempunyai hak untuk bersuara.
Namun gua tertarik luahan lelaki ini tentang kebebasan bersuara yang disebut-sebut oleh #Nurulhidayah zahid. Memang terbaik! Lelaki ini pun bukan calang-calang orang. Tengok background dia pun kami dah takut.
“Saya harap kamu hormat ‘kami’ juga weii”
Menurut lelaki ini dia menghormati hak bersuara yang dilaungkan #Nurulhidayah namun rakyat Malaysia yang lain juga punya hak.
#Mereka yang turun mengikuti Bersih juga mempunyai kebebasan bersuara namun ianya diisyhtiharkan sebagai haram. Tambahnya lagi 1.3 juta kakitangan kerajaan juga punya kebebasan bersuara namun diugut dengan tindakan disiplin
“Tun Mahathir juga #bersuara untuk rakyat tapi disiasat”
#Katanya lagi #Tan Sri Muhyiddin dan rakan politiknya turut dihukum sedang mereka bercakap demi kebaikan rakyat.
#Hal ini juga berlaku kepada #mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang dipanggil bagi dilakukan siasatan.
Semua orang punyai hak kebebasan bersuara namun adakah mereka betul-betul mendapat hak tersebut? #Anda nilaikan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment