Friday, 4 September 2015
Anak Bongsu Aziz M Osman Yang Kita Tidak Pernah Lihat !!!
Penerbit dan pengarah #Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di media sosial istagram baru-baru ini...
#Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu #Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak.
#"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya.
#"Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke #Instagram," katanya kepada #mStar Online.
Anak Bongsu Aziz M Osman Yang Kita Tidak Pernah Lihat !!!
Tambah #Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, #Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.
"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti #iPhone dan #iPad.
"Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz.
Dalam pada itu, #Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial #solekan selepas menontonnya di YouTube.
Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan #gambar atau #video kerana Araa mempelajarinya sendiri.
"iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka #lebih 'advanced' berbanding dahulu.
"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda #kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," #jelas Aziz.
Sementara itu, #Aziz berkata, biarpun Araa dilihat #mempunyai bakat luar biasa selain petah bercakap di hadapan kamera namun dia tidak akan memaksa anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan.
Padanya, #Araa masih kecil dan mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak normal lain.
"Dia masih kecil dan masih banyak perkara yang dia masih belum faham. #Saya tidak mahu memaksanya dan biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain," #katanya.!!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment