Tuesday, 11 August 2015
Suami Yang Sah Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah???
Suami Yang Sah Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah???
#“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” #Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
#Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium #jenazah suaminya atas alasan yang sama.
#Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak #termakan dengan perkara ini.
#Persoalan – #Batal ke wuduk jenazah tu?
###Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). #Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).
#Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu #batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?
#Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. #Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
#Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.
#Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak #batal wuduk jenazah itu.
#Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.
##Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. #Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.
##Rujukan -#Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
#Sumber asal: #Isma Anis Alfikri
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment