Tuesday, 11 August 2015
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un, Bayi dilahir murid Tahun Lima di Jempol meninggal Al-Fatihah!!
NEGERI SEMBILAN KUALA PILAH: #Bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang murid Tahun Lima di Bahau Jempol, minggu lalu, meninggal dunia di #Hospital Tuanku Ampuan Najihah, hari ini.
#Bayi berusia lapan hari itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut. Jenazahnya kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol.
#Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, #Datuk Norhayati Omar, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
#Ketua Polis Daerah Jempol, #Superintendan Hamzah Alias, ketika dihubungi turut mengesahkan kematian bayi itu.
#Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 5 Ogos lalu, murid berkenaan dibawa ke klinik swasta di Bahau, Jempol, selepas mengadu sakit perut.
#Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati murid berkenaan sakit kerana hendak melahirkan anak dan ketika persediaan dibuat untuk membawanya ke #Hospital Jempol, dia melahirkan anak di klinik swasta itu.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment