Saturday 6 June 2015

5 Majlis Perkahwinan Selebriti Termahal di Malaysia?

No comments :



Musim perkahwinan ini mesti ramai yang sibuk dengan kenduri kan. Kali ini kami nak share 5 majlis perkahwinan yang paling termahal di Malaysia.




Kos perkahwinan yang kami share ini bukan biasa biasa. Namun, bagi yang berkemampuan, semua ini menjadi kenangan yang terindah seuumur hidup.


1. Rozita Che Wan & Zain Saidin

Che Ta dan Zain mendapat tajaan untuk perkahwinan mereka sebanyak 13 Juta pada tahun 2013. Perkahwinan nya digelar Wedding of the year' dan mendapat tajaan paling mahal dari Habib Jewel iaitu sebanyak 10 Juta.


Menerima 23, 300 sebagai hantaran kahwin dan juga 9300 untuk mas kahwin.



2. Benjamin Young dan Elizabeth Lee
Kalau korang kenal BIG GROUP pasti korang kenal pengasasnya Benjamin Young.

Perkahwinan mereka diadakan pada tahun 2014, dan membelanjakan sebanyak Rm54, 000 untuk persembahan sahaja belum lagi yang lain.




3. Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa
Perkahwinan Dato Siti dan Dato Khalid di antara perkahwinan yang termahal di Malaysia ketika itu. Kek perkahwinan mereka dikatakan berjumlah Rm12,000 dan menerima wang hantaran sebanyak 30, 000.


4. Marion Counter dan SM Nasimuddin
Perkahwinan mereka menjadi antara yang mewah di mana 1 kos kepala untuk makan berjumlah rm300 yang dicaj oleh Mandarin Oriental.

Mengikut majalah pengantin online, anggaran perbelanjaan perkahwinan ekslusif ini bernilai 5 Juta Ringgit. Fuhhh besar angka nya.



5. Serina Redzuawan dan Gavin
Perkahwinan di antara Anak Selebriti Chef Malaysia, Chef Wan iaitu Serina Redzuawan merupakan di antara perkahwinan termahal.

Kebanyakannya ditaja yang mana gaun serina sahaja dikatakan berjumlah rm15, 000 manakala untuk fotografi menelan sehingga rm20, 000.

Fuhh menelan air liur kami apabila melihat angka angka yang dikeluarkan.


No comments :

Post a Comment